Monday, June 16, 2008

Indahnya

Cintaku tertinggal di Singapura......

Tak sabar rasenya utk sampai ke singapura bersama dynamic team yg lain. Dengkil adalah tempat persinggahan aku yg terakhir sblm berlepas ke singapura. Tepat jam 9.10 mlm,sy bersama kwn2 yg lain akan berlepas ke singapura dgn menaiki KTM. Perjalanan yg mengambil masa selama 12 jam ini akan menceritakan kesungguhan kami sebagai Dynamic Team Singapura.

In train about 12 hours, we just talk about nonsense until everyone becoming sleepy and go sleep for a moment. About at 7 am, we are going our journey through ‘Tambak Johor’ as we know as boarder between Malaysia and Singapore. Sharp at 7.49 am, I’m actually in my first time going out from my country as well as Singapore is the first country that I’m going for overseas. Only God know what I’m feel that time.

Day 1 ~ Sekitar di Jamiyah HQ utk Opeing Ceremony dan program di Darul Ma'wa


Day 2 ~ Sekitar di Darul Islah, Esplanade dan Kota Singa

Day 3 ~ Sekitar di CauseWay Point( Flag Day), Sister Lisa house, Sentosa Island and Mustaffa


Day 4 ~ Sekitar di Daruk Takrim...



Ermm.....sy rindu mereka semua. Semoga semuanye senantiasa berada di dlm keadaan yg sihat sejahtera..

63000 Cyberjaya

Thursday, May 22, 2008

Tirai Berlabuh

Tawakkal

Alhamdulillah.........tepat jam 12.00 pm, "....put your pen and stop writting now....." says Mdm Jaya....perkataan yg dpt melegakan hati dan jiwa raga sy. Alhamdulillah, peperiksaan baru sahaja melabuhkan tirainye. Amin,segalanya dipermudahkan oleh Maha pemberi kemudahan, tibalah masanya utk bertawakkal...Tawakkal A'llah.

"..........Katakanlah, "Cukuplah ALLAH bagiku. KepadaNyalah orang-orang bertawakkal berserah diri." ( Surah Az-Zumar,ayat 38)

Alhamdulillah, utk aktiviti selanjutnya adalah mengemas bilik, buku2 dan baju2 utk di simpan didalam store sepanjang cuti nnt. Byk yg perlu dikemas.Habuk tu biase la,x boleh nk dielak.Semoga ALLAH permudahkan segalanya. InsyaALLAH, utk aim seterusnya adalah program research di Singapura. Purpose utk program ni adalah utk menkaji ttg kehidupan community muslim disana. Selain itu, committe juga akan menjalankan aktiviti kebajikan di rumah anak2 yatim dan juga org2 tua. X lupa juga utk bershopping...:)

Itu xtvt bulan jun, utk mei ni, ade kem utk mentor mentee, ala2 '..tunjuk ajar ku sifu..'.bertujuan utk berkongsi pengalaman hidup di bumi mmu nie bersama pelajar2 baru. InsyaALLAH, semoga Allah permudahkan urusan bakal2 mentor. Jadual yg agak penuh utk cuti kali nie.Alhamdulillah,family pon paham walaupon balik rumah x lame.

~kadang-kadang manusia tidak tahu ape yg perlu buat jika waktu sudah lapang~

63000 Cyberjaya
2.14 pagi

Friday, April 25, 2008

Mukhayyam Tarbawi 2008

Perkhemahan Kepimpinan

Merupakan program kerjasama antara Institusi Usrah Cyberjaya Campus dan Melaka Campus. Perkhemahan ini bertempat di Latto Charok, Janda Baik, Pahang,

Objektif utama adalah utk membentuk generasi pelapis yg berjiwa kepimpinan, berakhlak dan berilmu.

Pelbagai pelaksanaan aktiviti dan LDK yg telah dijalankan. Dibwh adalah sekitar gambar2 yg dpt mengamit memori dikalangan peserta, fesilitator dan urusetia.....insyaALLAH.....




"..kesejukan senja mencabar iman dan sabar..."




"...sesi pengisian @ menuntut ilmu.."




"..makan secara berjemaah......mknn yg kurang zat tp sedap..Alhamdulillah.."




"...chef2 muda yg berbakat.....huhuh..."




"....cara fesi m'cari ilham aura super saiya ke 7...haha.."

Saturday, March 1, 2008

~KeMbArA RaUdHaH~

Mencari Sinar Bagi Mereka Yg Sedang Mencari

Pada 1 March 2008, biro kebajikan institusi usrah MMU Cyberjaya telah menjalankan program yg diberi name Kembara Raudhah....Kembara Raudhah..?????? Ade ape dgn name Kembara Raudhah...adakah mengembara mencari taman2 syurga di bumi ini.......????

Kembara Raudhah (KR) adalah sebenarnye adalah satu program dimana ia adalah satu program kebajikan yg diadakan di Pondok Penyayang Raudhah, Gombak. Program ini telah disertai oleh 50 org pelajar MMU Cyberjaya yg terdiri drpd ahli kelab institusi usrah itu sendiri. Alhamdulillah, penyertaan yg agak ramai dpt memberi impak yg positif terhadap keprihatinan pelajar ipt terhadap kepayahan dan kesengsaraan org lain.

Disini, Ditempatkan lebih kurang seramai 80 orang penghuni yg terdiri drpd kanak-kanak, remaja dan mereka yg berjiwa muda. Mereka ini adalah insan biasa seperti kita yg merupakan hamba kpd Yg Empunya dunia ini,menjalankan kehidupan seperti biase tetapi dlm keadaan situasi yg berbeza.

Merekan ini diberikan perhatian yg lebih oleh masyarakat sekeliling yg masih sayangkan remaja kite org melayu terutamanya yg akan m'jadi aset kpd pembangunan negara dr segi agama, bangsa, ekonomi dan sebagainye.

Sharing IS Carring





















Alhamdulillah......Segala-galanye dipermudahkan oleh ALLAH Ta'ala.....Aminn......Best sangat!!!!

Wednesday, February 6, 2008

Berfikir berteraskan IMAN


Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa



KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber


ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)


Sumeber - http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=663

Wednesday, January 30, 2008

Program2 Trimester III 2007/2008

Semoga ALLAH permudahkan segalanya

Termenung aku seketika selepas habis meeting tanzim yg pertama bg trimester III 07/08. Agak banyak jugak program atau aktiviti yang perlu aku sertai sama ada sebagai committe ataupun peserta...Adehhh...Semoga ALLAH permudahkan segalanye....


Jom P' Kedah
1,2 & 3 Feb 2008
Anjuran Persatuan Silat Cekak Ust
Hanafi








Main Bowling di Alamanda
13 February 2008

Anjuran Institution Usrah MMU, Cyberjaya







Tour D' IPT di University Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak
15, 16 & 17 February 2008

Anjuran Institution Usrah MMU Cyberjaya









Program Kembara Raudhah di Rumah Penyayang Raudhah, Gombak
1 March 2008
Anjuran Institution Usrah, MMU Cyberjaya








Program ke Port Dikcson
8 & 9 March 2008
Anjuran Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya



Thursday, January 3, 2008

Peperiksaan



Semoga ALLAH Permudahkanku

Ermmm...ini dah kali ke-5 aku menjalani peperiksaan final di dunia mmu iaitu peperiksaan utk trimester 2, gamma year....aku harap dpt membuat yg terbaik utk kali ini...InsyaALLAH...

Utk
kali ni...subjek yg aku amik more utk membaca dan need utk aku hafal byk benda....adehhh...This is not my favourite. Subjek yg aku ambik adalah 'Pengurusan Sumber Manusia' , 'Perakaunan Sektor Awam' dan 'E-Dagang'(haha...rase janggal giler tulis bm).

Multimedia University EXAM SLIP
Student ID : 1061109186 Name : MUHAMMAD KHALID BIN NOORAZMI Trimester : 2 Session : 2007/2008
Degree : Bachelor of Accounting (Honours) Faculty : FOM Branch : MMU - CYBERJAYA

Course ID Course Title Exam Hours Status Date Venue Seat No Time
BEL1017 ELECTRONIC COMMERCE 3
31/12/2007 MPH Extension 121 9.00 AM
BHR2037 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT 3
02/01/2008 MPH Extension 139 9.00 AM
BAC2067 PUBLIC SECTOR ACCOUNTING 3
05/01/2008 MPH Extension 171 9.00 AM
Atas ni,aku nye slip exam. Ermm..semuanye 3 jam belaka. Nak wat cam ne, sudah takdir bdk account...:D. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Utk kali ni, x byk yg hendak ditulis, sekadar utk mengucapkan selamat berjaya kpd student2 MMU utk peperiksaan kali ini. Apepun, i will try my best..InsyaALLAH...




Semoga ALLAH permudahkan urusanku utk peperiksaan kali ini...AMin...